Pages

Thursday 20 January 2011

Pengganti PTK


PTK...hmm....ramai yang suka...dan ramai juga yang tak suka....baru-baru nih JPA dah mansuhkan PTK...maka ada kriteria baru plak nanti akan digunapakai. Aku baca Berita Harian hari nih nder tajuk 'Nilai Tugas Hakiki', itu adalah kriteria penilaian baru ganti PTK yang disyokrn oleh CUEPACS....

Selain daripada ujian penilaian tugas hakiki, tempoh masa perkhidmatan juga akan diambil kira dalam sistem penilaian baru bagi memastikan perkhidmatan awam yang berpengalaman tidak diketepikan dalam pertimbangan kenaikan gaji atau pangkat. Itu adalah kriteria yang dicadangkan oleh CUEPACS masa mesyuarat pertama dengan JPA, tak sure plak samaada JPA setuju atau tidak...ye ahh baru 1st time jumpa...

Ujian penilaian baru tuh nanti akan dibuat berdasarkan kepada keunikan jabatan masingmasing dan lebih fokus kepada tuas hakiki kakitangan berbanding dengan PTK yang kebanyakkan soalannya tidak relevan dengan tugas-tugas hakiki.

Bagi kenaikan pangkat pula, penjawat awam yang mempunyai prestasi cemerlang dan berpengalaman akan diberi keutamaan dengan menghadiri kursus khas serta dinaikkan pangkat secara automatik tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan. Kaedah ini adalah berbeza dengan sebelum ini yang mewajibkan penjawat awam lulus cemerlang dalam PTK, tapi terpaksa tunggu kekosongan jawatan sebelum dinaikkan pangkat.

Berdasarkan kepada laporan Berita Harian itu juga, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA, JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah mengesahkan bahawa sistem penilaian baru akan mengambil kira keunikan jabatan dan pencapaian individu dalan tugas hakiki. Apa yang dirangka adalah mengikut keperluan dan tata cara perkhidmatan sedia ada, bukan macam konsep macam dulu, digubal serta digunapakai oleh semua jabatan, sedangkan ia tidak memenuhi keperluan.

Ia juga akan berbeza mengikut profesyen seperti polis, guru dan doktor. Menurut beliau lagi, beliau yakin sistem baru yang belum diberi nama itu akan lebih adil dan pasti semua pihak akan berpuas hati.

Nota kaki: hmm.....macam menarik juga....tapi takut banyak plak kaki kipas dengan kaki ekon plak pas nih.......maka semuanya akan lebih sejuk je dalam opis tuh...heheheeheheheh

4 comments:

  1. hehehe~ x pe tunggu cik pudin naik 44 la...heeee~

    ReplyDelete
  2. tunggu saya naik 44? naper plak?

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:01 pm

    erm..skang pun banyak kekaki kekipas

    ReplyDelete
  4. terutama si Anonymouskan? muekekekekek
    Anonymous kunun....walhal aku tau siapa Anonymous nih...hahahahahahah

    ReplyDelete