Pages

Saturday 22 October 2011

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) - HQ





Tahun nih masuk tahun ke tiga aku berKIK.....seperti tahun-tahun sudah..muka-muka ruji, aku, kak faridah, Juliza, solleh & huda macam dah menjadi ahli tetap plak dalam KIK nih. Awal tahun aku dah bagitau kat Puan Hani yang team KIK 1Fokus nih nak berehat, then ingat aman damai la....and boleh la aku fokus dengan keje-keje hakiki aku...tengok-tengok Ketua Pengarah request semua Bahagian hantar penyertaan bagi KIK tahun nih...so bersidang la balik team KIK 1Fokus nih.

As usual yang paling bersemangat Kak Faridah.....dia dok panggel-panggel aku join meeting...memula tuh aku bz..so tak dapat join (kira macam selamat la)...then meeting kedua..dia dok panggel lagik..aku try nak melarikan diri dengan cakap bz dengan kerja and tak boleh bagi komitmen....

Then meeting ketiga..Kak Faridah panggel balik....terus aku cakap ngan Kak Faridah yang aku taknak join KIK dah...ingat nak pencen..nak tumpu pada kerja.....takut tak boleh bagi komitmen...aku kalau kerja-kerja yang aku tak dapat nak bagik komitmen 100% nih aku lemah sikit..baik aku bagitau siap-siap...

Then aman lah kejap idop aku..........TIBA-TIBA satu hari bila Pn Hani (Timbalan Pengarah) terjumpa aku..dia dok tanya kenapa taknak join KIK...aku cakap takot tak boleh bagik komitmen....then dia suh gak aku masuk....adusssssssssssssssssss jenuh aku nih.....then Kak Faridah and Huda plak bersungguh-sungguh ajak aku masuk jugak, maka dengan berat hati aku ambil keputusan untuk masuk je dalam la team KIK tahun ni tapi sebagai ahli je.

Ingatkan dapat rilek sebagai ahli....pulok dahhhhhhhhhhhhh....Nathrah bagitau dia tak dapat nak bagi komitmen pasal tahun ni dia nak kawen and dia nak aku jadik ketua and dia jadik Penasihat, Kak Faridah & Huda plak suh aku teruskan jadi Ketua macam sebelum-sebelum nih...maka dengan keredhaan aku terima je la....apa nak jadi jadi je laa....

So struktur 1Fokus masih macam dulu, Penasihat berubah dari Diana Bardan kepada Nathrah, Fasilitator Kak Faridah, Ketuanya aku, timbalan Solleh & Setiausaha Huda. Maka bermulalah perjuanagan KIK 2011.

So "Penyebaran Maklumat di JPN Tidak Holistik" menjadi tajuk KIK tahun ni, dengan produknya MyJPN......suatu produk yang inovatif & kreatif..sesuai untuk di KIK kan....group di bahagi kepada 3 team iaitu:

Team Dokumentasi:
Aku, Solleh, Huda, Juliza & Muhaimin (Cengkeng) & Kak Faridah

Team System:
Lyn, Kak Mahrul, Norafidah & Nathrah

Team Montaj:
Ijan & Hasman

Maka bermulalah perjuangan membuat dokumen dan montaj serta MyJPN. Harapan...hmmm..memang tak menaruh harapan langsung la....cuma nak buat yang terbaik je la....sebab macam dah takder mood sangat. Ye la....dah la start buat semua last-last minit, konfem kelam kabut.....so dokumen tuh macam ala kadar je la....then kuar la satu memo panggilan KIK...dalam list tuh aku tengok ada 4 Bahagian je yang join KIk tahun ni..iaitu Bahagian aku, Bahagian Kewarganegaraan (BWN), Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat (BKA) dan Bahagian Perkahwinan dan Penceraian (BKC). So ada 4 team je la nih akan bertanding peringkat HQ....hmmmmmm sikit bebenor....then pas few weeks, aku dapat tau yang BWN tarik diri di atas komitmen kerja yang berat. So tinggallah 3 kumpulan. Hehehehehe....dalam pikiran aku...No 3 dah dalam tangan...hohhohohohoho...so tak kisah laa...janji buat dan lakukan yang terbaik

Maka semua seat downla buat semua menda...dokumentasi, montaj & system.....as usual...sesi kelam kelibut masih menjadi perkara ruji dalam KIK. So bila semua dah siap...turn nak beli baju plak...takkan nak pakai baju yang tak seragam...so request Kak Faridah, Kak Mahrul & Norafidah untuk beli baju....pegi la diorang gi area jalan TAR beli......plan nak carik baju kaler jingga or peach bagi lelaki & perempuan, maka baju pompuan & tudung beli la kat Jakel, baju lelaki & tie plak kat SOGO..terima kasih akak-akak semuaa kerana bersemangat mengshopingkan untuk kami sampai ke malam hari..huhuhhuhhuh....

Baju setel..skang pasal pembentang & penjaga slide...aku dengan sukarela mengoferkan diri aku jadik pembentang, then aku perlukan lagi sorang pembentang....as usual semua taknak..maka  aku buat konsep cadangan dan undi. So pas cadangan dibuka..nama Muhaimin & Solleh naik....pas buat undian..hohohohohoh...nama Solleh naik....so Pembentang aku, Lyn & Solleh...penjaga slide plak Muhaimin mengoferkan diri...then Huda & Ijan pon ok untuk menjadi penjaga slide. So semuanya setel.....fuhhhhhhhhh legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

15 - 17 Oktober 2011.....team dokumentasi & Montaj & system berhempas pulas setelkan dan tacap-tacap & practice pembentangan sambil set masa....dan practice dan practice dan practice dan practice dan practice sampai aku rasa macam nak muntah lumut dowhhh!!!!....series tak tipu!!

17 Oktober tuh berhempas pulas betulkan dokumen lagik...sampai kol 1.30 pagi..tinggal aku, huda & lyn, solleh balik awal sikit koz nak antar anak dia. Sampai umah kol 2.15 pagi..gilak ahhhh!!!!!!!...ni sebab 18 Oktober 2011 (Selasa) nih dah kene present....arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Pada 18 Oktober 2011 kami semua complete berbaju jingga...kami kumpulan kedua yang present.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun masa terlebih 20 minit.....tapi what the hack..janji dah setel....then pada hari yang sama jugak, keputusan diumumkan..dan keputusan berpihak kepada kami....kami dapat tempat pertama KIK peringkat JPN HQ...hohhohohoho......memang tak di sangka-sangka ahhhh....hohohohho....SYUKUR ALHAMDULLILLAHHHHHHHHHHHH!!!!

Secara keseluruhannya, semua memang terbaik la....dari pembentangnya...dari penjaga slidenya...dari team montajnya...dari team dokumentasinya...dari penasihatnya...dari team dokumentasinya...dan yang terbaik sekali adalah...dengan DOMINO pizza yang menjadi peneman kami sepanjang berKIK nih....hohohhohoho....Anyway masa yang sama....Solleh telah dianugerahkan sebagai pemidato terbaik......huhuhuh....tahniah kepada Solleh maka secara automatiknya Solleh akan jadi pemidato KIK la sampai pencen eak...hohohhodan tahniah kepada 1Fokus...dan terima kasih kepada semua yang menyapot kami terutama daripada sokongan padu geng-geng opiss......series korang memang Sempoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!! terbaikkkk toqqqqqqqqqqq!!!!


Target seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaa................peringkat JPN Kebangsaan....hohohhoohoh...dokumen perlu diperbetulkan berdasarkan teguran Panel...montaj nak kene ubah dan system kene tambahbaik....


P/S: Maka pasnih makin tak cukup tido la aku jawabnyaaaa...inilah nasibbbbbbbbbbbbbbbb badan.......aduyaiiiiiiiiiiii...hohohohho