Pages

Wednesday 26 August 2015

JUALAN HARI KEMERDEKAAN 2015 MYDIN

JUALAN HARI KEMERDEKAAN 2015 MYDIN 30%


Gaji dah keluar, diskaun yang sangat berbaloi ni


Logo dan Tema Hari Kebangsaan

Logo dan Tema Hari Kebangsaan





Logo dan Tema hari kebangsaan 2015 malaysia

Logo dan Tema hari kebangsaan 2015 malaysia



Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015 Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek #sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada Sebagai makluman, mulai tahun 2015 sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lagi disebut berdasarkan ulang tahun, sebaliknya mengikut tahun GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA

Pautan Sumber: mysumber.com


#sehatisejiwa
Demonstrasi Aksi Pertahankan Diri Sempena Bersih 4.0


KUALA LUMPUR, 25 Ogos:

Kayu dan batu blok dihempas di belakang dan kepala mereka adalah antara persiapan yang dilengkapkan kepada kumpulan anti-Bersih yang membabitkan kira-kira 30,000 orang menjelang perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 Ogos ini.

Kumpulan yang membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang diketuai Datuk Jamal Md Yunos, berkata demonstrasi lakonan keganasan pada perhimpunan di hadapan pusat beli belah Sogo, di sini, hari ini, adalah sebagai sebahagian daripada persiapan pertahanan diri terhadap kemungkinan berlakunya masalah antara `merah’ dan `kuning’.

 “Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.

 “Kami tidak akan memulakan sebarang keganasan tetapi sekiranya pasukan kuning berbuat demikian, maka, orang-orang kami yang berpakaian mereka berkemampuan mempertahankan diri masing-masing,” kata Jamal.

 Jamal berkata, kumpulan yang berdiri teguh di belakang kerajaan akan berkumpul sekitar Low Yat di Bukit Bintang pada Sabtu, jam 9 pagi dan akan bergerak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu pada jam 10 pagi.


Pada perhimpunan hari ini, kumpulan membabitkan 150 orang berpakaian t-shirt merah dengan tertera slogan `Bersih 4 Keamanan’, membuat demonstrasi menunjukkan beberapa lelaki dipukul dengan kayu panjang dan batu blok sebagai menggambarkan kekuatan dan ketahanan mereka menentang penyokong Bersih 4.0.

 “Semua 30,000 penyokong sudah menandatangani borang persetujuan bahawa sebarang keganasan fizikal menimpa mereka, kami tidak akan bertanggungjawab, tetapi kami menyediakan insurans kemalangan untuk mereka,” kata Jamal.

Beliau bagaimanapun, berkata mereka bersedia mengundurkan diri daripada perhimpunan mereka sekiranya Bersih 4.0 juga berbuat demikian.


“Kami berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang dipilih oleh majority rakyat Malaysia, dan memastikan Malaysia kekal sebagai negara aman dan harmoni.

 “Jadi, jika mereka membatalkan Bersih 4.0, kami akan membatalkan perhimpunan aman kami.”

 Perhimpunan Bersih 4.0 dijadual diadakan bermula 29 hingga 30 Ogos ini. Ia dijangka turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar utama lain di seluruh negara.


Kali ini, perhimpunan menuntut pilihan raya bersih, kerajaan bebas rasuah dan hak untuk membantah, memperkukuhkan demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.


Sumber : TheRakyatPost

* *