Pages

Monday 12 December 2011

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)



Pada pembentangan Bajet 2012 arituh, Kerajaan umumkan untuk bagik bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Antara syarat-syaratnya kelayakan adalah:
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; da
  • Warga emas sebatang kara
Kerajaan juga memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati dan dipulangkan secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.
 
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan dan Payslip  hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.
 
Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

P/S :KEPADA YANG TERLEBIH LAYAK TAPI NAK MOHON JUGA...SILAKANLAH MOHON....HEHEHHEE..MANA TAU UNTUNG-UNTUNG LEH DAPAT....LEH TUKO HP ATAU TOP UP BELI IPAD...HOHOHOHOHOHHOHO

APA?? NAK BORANG? MEH LE DOWNLOAD LA KAT  SINI HOHOHOHOHO





Saturday 12 November 2011

Pekeliling JPA 11 Tahun 2011 : PEKELILING SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)




Lately banyak orang gomen dok risau dengan skim saraan baru yang telah diumumkan oleh Y.Bhg PM pada pembentangan bajet 2012 yang lalu....SBPA akan diperkenalkan oleh gomen yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Ada yang cakap bagus, ada yang cakap tak bagus...yang tak bagusnya pasal dengar ura-ura ada skim yang akan dijumudkan, ada skim yang akan bergabung....adusss banyak sangat komen-komennya dan romours-romoursnya.....hopefully SBPA akan memberikan faedah yang terbaik la kepada kakitangan awam....jangan la di perkenakan atau di main-mainkan kakitangan awam nih.....

Anyway...walaupun dah lambat untuk aku uploadkan scale gaji kenaikkan tahunan ni, tapi what the hack.... tonton je la eakk.....
Gred 1-16 :RM80
Gred 17-26 :RM120 
Gred 27-40 :RM160 
Gred 41-48 :RM220 
Gred 52-54 :RM260 
JUSA A,B,C :RM320
(ini lah scale gaji yang sering di war-warkan dalam blog semua)


Antara intipati dalam ucapan tersebut adalah:

1) Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

2) Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

3) Laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

4) Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.


Kepada semua kakitangan awam yang happy-happy gaji nak naik tuh....sila baca point  no 4 di perenggan yang akhir, kene sign up opsyen SBPA baru gaji naik..kalau tak sign up...maka takkan naik ea....oleh itu make sure paham dengan apa yang terkandung dalam opsyen tersebut, kaji dengan terperinci sama ada buruk atau baiknya. Aku pon tak tau lagik apa kandungan tuh so aku tak leh nak komen apa-apa.

Selain daripada tu,  yang aku dengar base on Dasar Pemisah atau exit policy, kakitangan awam yang nak berenti awal boleh je....dan akan dapat pencen base on gaji terakhir yang keje tuh, graduti base on gaji terakhir dan GCR base on gaji terakhir, dan yang aku dengar lagik...pasnih gomen takkan perkenalkan skim pencen lagik kot...rasanya pakai skim KWSP terus...hmmm..kalau gitu..selamaattttttttttttttttttt aku masuk gomen awal-awal..huhuhhh...tujuan utama masuk gomen adalah pasal faedah pencennya....kalau takder pencen..for sure ramai keje private sector balik kot...huhuhuhuh

Lately aku ada jugak bukak laman web JPA, tapi takder lagik pekeliling baru kuar..cuma dok tulis "Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen." tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu..huhuhuhuh.....tapi rasanya dah tak lama lagik kot penantian SBPA nih...sebab dalam JPA dah ready dah page SBPA nih..pekeliling nih di panggil Pekeliling 11 tahun 2011...hohohohohohho....penantian menjadi satu debaran, debaran menjadi satu penyeksaan....nak tau lanjut....klik SBPA 



Lawati dan LIKE kami untuk promosi terkini:



Saturday 22 October 2011

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) - HQ





Tahun nih masuk tahun ke tiga aku berKIK.....seperti tahun-tahun sudah..muka-muka ruji, aku, kak faridah, Juliza, solleh & huda macam dah menjadi ahli tetap plak dalam KIK nih. Awal tahun aku dah bagitau kat Puan Hani yang team KIK 1Fokus nih nak berehat, then ingat aman damai la....and boleh la aku fokus dengan keje-keje hakiki aku...tengok-tengok Ketua Pengarah request semua Bahagian hantar penyertaan bagi KIK tahun nih...so bersidang la balik team KIK 1Fokus nih.

As usual yang paling bersemangat Kak Faridah.....dia dok panggel-panggel aku join meeting...memula tuh aku bz..so tak dapat join (kira macam selamat la)...then meeting kedua..dia dok panggel lagik..aku try nak melarikan diri dengan cakap bz dengan kerja and tak boleh bagi komitmen....

Then meeting ketiga..Kak Faridah panggel balik....terus aku cakap ngan Kak Faridah yang aku taknak join KIK dah...ingat nak pencen..nak tumpu pada kerja.....takut tak boleh bagi komitmen...aku kalau kerja-kerja yang aku tak dapat nak bagik komitmen 100% nih aku lemah sikit..baik aku bagitau siap-siap...

Then aman lah kejap idop aku..........TIBA-TIBA satu hari bila Pn Hani (Timbalan Pengarah) terjumpa aku..dia dok tanya kenapa taknak join KIK...aku cakap takot tak boleh bagik komitmen....then dia suh gak aku masuk....adusssssssssssssssssss jenuh aku nih.....then Kak Faridah and Huda plak bersungguh-sungguh ajak aku masuk jugak, maka dengan berat hati aku ambil keputusan untuk masuk je dalam la team KIK tahun ni tapi sebagai ahli je.

Ingatkan dapat rilek sebagai ahli....pulok dahhhhhhhhhhhhh....Nathrah bagitau dia tak dapat nak bagi komitmen pasal tahun ni dia nak kawen and dia nak aku jadik ketua and dia jadik Penasihat, Kak Faridah & Huda plak suh aku teruskan jadi Ketua macam sebelum-sebelum nih...maka dengan keredhaan aku terima je la....apa nak jadi jadi je laa....

So struktur 1Fokus masih macam dulu, Penasihat berubah dari Diana Bardan kepada Nathrah, Fasilitator Kak Faridah, Ketuanya aku, timbalan Solleh & Setiausaha Huda. Maka bermulalah perjuanagan KIK 2011.

So "Penyebaran Maklumat di JPN Tidak Holistik" menjadi tajuk KIK tahun ni, dengan produknya MyJPN......suatu produk yang inovatif & kreatif..sesuai untuk di KIK kan....group di bahagi kepada 3 team iaitu:

Team Dokumentasi:
Aku, Solleh, Huda, Juliza & Muhaimin (Cengkeng) & Kak Faridah

Team System:
Lyn, Kak Mahrul, Norafidah & Nathrah

Team Montaj:
Ijan & Hasman

Maka bermulalah perjuangan membuat dokumen dan montaj serta MyJPN. Harapan...hmmm..memang tak menaruh harapan langsung la....cuma nak buat yang terbaik je la....sebab macam dah takder mood sangat. Ye la....dah la start buat semua last-last minit, konfem kelam kabut.....so dokumen tuh macam ala kadar je la....then kuar la satu memo panggilan KIK...dalam list tuh aku tengok ada 4 Bahagian je yang join KIk tahun ni..iaitu Bahagian aku, Bahagian Kewarganegaraan (BWN), Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat (BKA) dan Bahagian Perkahwinan dan Penceraian (BKC). So ada 4 team je la nih akan bertanding peringkat HQ....hmmmmmm sikit bebenor....then pas few weeks, aku dapat tau yang BWN tarik diri di atas komitmen kerja yang berat. So tinggallah 3 kumpulan. Hehehehehe....dalam pikiran aku...No 3 dah dalam tangan...hohhohohohoho...so tak kisah laa...janji buat dan lakukan yang terbaik

Maka semua seat downla buat semua menda...dokumentasi, montaj & system.....as usual...sesi kelam kelibut masih menjadi perkara ruji dalam KIK. So bila semua dah siap...turn nak beli baju plak...takkan nak pakai baju yang tak seragam...so request Kak Faridah, Kak Mahrul & Norafidah untuk beli baju....pegi la diorang gi area jalan TAR beli......plan nak carik baju kaler jingga or peach bagi lelaki & perempuan, maka baju pompuan & tudung beli la kat Jakel, baju lelaki & tie plak kat SOGO..terima kasih akak-akak semuaa kerana bersemangat mengshopingkan untuk kami sampai ke malam hari..huhuhhuhhuh....

Baju setel..skang pasal pembentang & penjaga slide...aku dengan sukarela mengoferkan diri aku jadik pembentang, then aku perlukan lagi sorang pembentang....as usual semua taknak..maka  aku buat konsep cadangan dan undi. So pas cadangan dibuka..nama Muhaimin & Solleh naik....pas buat undian..hohohohohoh...nama Solleh naik....so Pembentang aku, Lyn & Solleh...penjaga slide plak Muhaimin mengoferkan diri...then Huda & Ijan pon ok untuk menjadi penjaga slide. So semuanya setel.....fuhhhhhhhhh legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

15 - 17 Oktober 2011.....team dokumentasi & Montaj & system berhempas pulas setelkan dan tacap-tacap & practice pembentangan sambil set masa....dan practice dan practice dan practice dan practice dan practice sampai aku rasa macam nak muntah lumut dowhhh!!!!....series tak tipu!!

17 Oktober tuh berhempas pulas betulkan dokumen lagik...sampai kol 1.30 pagi..tinggal aku, huda & lyn, solleh balik awal sikit koz nak antar anak dia. Sampai umah kol 2.15 pagi..gilak ahhhh!!!!!!!...ni sebab 18 Oktober 2011 (Selasa) nih dah kene present....arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Pada 18 Oktober 2011 kami semua complete berbaju jingga...kami kumpulan kedua yang present.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun masa terlebih 20 minit.....tapi what the hack..janji dah setel....then pada hari yang sama jugak, keputusan diumumkan..dan keputusan berpihak kepada kami....kami dapat tempat pertama KIK peringkat JPN HQ...hohhohohoho......memang tak di sangka-sangka ahhhh....hohohohho....SYUKUR ALHAMDULLILLAHHHHHHHHHHHH!!!!

Secara keseluruhannya, semua memang terbaik la....dari pembentangnya...dari penjaga slidenya...dari team montajnya...dari team dokumentasinya...dari penasihatnya...dari team dokumentasinya...dan yang terbaik sekali adalah...dengan DOMINO pizza yang menjadi peneman kami sepanjang berKIK nih....hohohhohoho....Anyway masa yang sama....Solleh telah dianugerahkan sebagai pemidato terbaik......huhuhuh....tahniah kepada Solleh maka secara automatiknya Solleh akan jadi pemidato KIK la sampai pencen eak...hohohhodan tahniah kepada 1Fokus...dan terima kasih kepada semua yang menyapot kami terutama daripada sokongan padu geng-geng opiss......series korang memang Sempoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!! terbaikkkk toqqqqqqqqqqq!!!!


Target seterusnyaaaaaaaaaaaaaaaaa................peringkat JPN Kebangsaan....hohohhoohoh...dokumen perlu diperbetulkan berdasarkan teguran Panel...montaj nak kene ubah dan system kene tambahbaik....


P/S: Maka pasnih makin tak cukup tido la aku jawabnyaaaa...inilah nasibbbbbbbbbbbbbbbb badan.......aduyaiiiiiiiiiiii...hohohohho

Tuesday 12 July 2011

Pelajar UMT hina lagu Negaraku

Tekezut gak aku bila aku baca surat kabor bagitau budak UMT kuang hajor ubah lagu Negaraku....
sebelum nih dok sibuk dengan Namewee kutuk dan hina negaraku dan negara malaysia, tapi hukuman dia MINTA MAAF jer.......kita tengok budak melayu nih kene macam mana? adakah sama macam namewee atau tidak...hehehhehehehe...aku rasa budak nih kene lebih teruk kot....just wait n see.

Anyway...nih petikan daripada FB budak botngok nih!!!...arrggghhh series bodoh siot budak nih!!!!! nak je aku pijak-pijak perut budak nih!!!



Siasatan masih dilakukan...tak sure samaada budak nih ex-student UMT atau student UMT atau orang menyamor....atau ada orang hack FB dia and buat menda tuh....tapi memang biadap gilak ahh!!!!!!...sebiadap-biadap aku takder aku nak buat perkara bodoh macam nih!!!

Kenapa perkara jadik gini? sebabnya? kita semua tak bersatu..warna kulit sama, agama sama...tapi politik punya pasal....semua bepecah..tak ke sengal tuh namanyaa...BERSATU LA WEHHH!!!! isk..isk..iskkk

Tuesday 3 May 2011

Osama bin Laden : Konspirasi atau Propaganda atau Kenyataan????

Setelah 10 tahun menyembunyikan diri di sempadan Pakistan-Afghanistan daripada pihak US, akhirnya Osama bin Laden yang bertanggungjawab dalam siri 9/11 terkorban kini kecoh satu dunia dicanang akan kematian Osama. Maka US sebagai sherif dunia yang diketuai Obama yang akan dapat nama, ini secara tak langsung akan meningkatkan sokongan Obama le plak nanti......Anyway...bila Osama dah takder...kKini dikatakan Ayman al-Zawahri akan menggantikan Osama dalam kumpulan Al-Qaeda. 

Diorang nih tak pikior ke..walaupun Osama meninggal pun, semangat jihad tuh masih ada di kalangan ahli-ahlinya...silap-silap lagik teruk dan lagik banyak siri kemusnahan yang akan berlaku...itu pun kalau betul yang Osama nih adalah orang yang betul-betul wujud atau sekadar nama yang diciptakan. [nih kalau teori yang orang bernama Osama nih wujud ler....]

Ada jugak teori yang mengatakan bahawa Osama nih adalah orang yang dicipta oleh US untuk mengaburi mata masyarakat dunia untuk menunjukkan bahawa US nih Polis Dunia...cessss......for sure gambor bawah nih buat pakai super impose.....



Bila Osama di announce meninggal je......harga minyak dunia start turun...cesss.....dah macam konspirasi jer....rasanya skang nih US dah ada target baru..iaitu Muammar Ghadaffi, iaitu seorang yang betul-betul hidup dan bukan rekaan US. So bila dah tutup kes Osama, nampak la yang diorang hero...then boleh la bukak buku baru..iaitu serangan terhadap Libya plak...


Ye la..macam tak logik kot..US punya la spy banyak dalam dunia nih....teknologi tinggi....Presiden Iraq Saddam Hussein pun seklip mata je dia leh bunuh...inikan pula Osama bin Laden......rasanya anytime je dia leh bunuh...tapi pasal nak dapatkan lesen serang negara-negara Islam....maka di propakanla pasal Al-Qaeda, Osama la..apa la....macam ampes kot...

Osama ataupun Tim Osama nie sebenarnya adalah agen CIA dan matlamat beliau adalah untuk dilatih bagi menimbulkan kekacauan kat negara Islam. Beliau dah lama meninggal, tapi nama beliau selalu diguna, seolah-olah masih hidup untuk mengesahkan serangan tentera Barat ke kawasan umat Islam dengan memerangi pengganas. Kalau pergi Afghanistan, tanyalah penduduk kat situ, Sorang pun yang kenal sapa Osama bin Laden and tak sure dari celah mana si Osama ni datang.


Cuba tengok gambor-gambor nih...nampak sangat macam super impose...cessss...







Credit to Amalinazlan for the foto....




P/s: Bila citer pasal Osama nih teringat pasal nama anak Jamal Abdillah - Osama Yamani

Saturday 30 April 2011

Transformers 3 Dark Of The Moon Theatrical Trailer

Antara citer yang sangat aku tunggu-tunggukan........Transformer.....memang tak sabor...30 June 2011 nih......huhuuuh...oleh itu mari pakat-pakat booking satu dewan panggung wayang nonton Transformer...hahahahaha..terbhaekkkkkkkk!!!...





Official Website of Transformer : http://www.transformersmovie.com/


Sorry


Perkataan Sorry amat susah disebut oleh seseorang Lelaki....tapi kadang-kadang lelaki terpaksa menurunkan egonya demi untuk menyebut perkataan maaf, forgive dan sorry untuk meredakan suasana. Kalau ego tuh tidak diturunkan....dan perkataan sorry tuh tidak disebut.....nescaya ianya akan menegangkan lagi suasana dan mengeruhkan lagi sesuatu hubungan.

Akuilah kesilapan kita sekiranya kita silap.......dan rendahkanlah diri untuk meminta maaf sekiranya dengan berbuat demikian akan mengeratkan kembali hubungan dan menjernihkan hubungan. 

Oleh itu...terimalah sorry dari ku...baru aku ciptakan poem nih hari nih......



P/s: Tetiba hari nih feeling le plak...anyway...update Jakarta & Bandung akan disusuli nanti...tunggguu...heheheheh

Saturday 16 April 2011

Yehaaaaaaaaa!!!!

Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa another gateway...malam nih flight kul 10.25pm aku akan ke Jakarta.....and as usual akan turun ke Bandung...Paris Van Java...heheheeheehe...

19 April 2011....rabu minggu depan baru aku balik sini......Acenk (pemandu) pun dah ready......hotel pon dah ready.....2 hari di Bandung dan 1 hari di Jakarta.........yezzaaaaaaaaaaa.......

Tuesday 12 April 2011

Iwan - Memori Daun Pisang

Sedang aku belek-belek surat khabor......aku tenampak sorang penyanyi lewat 80an yang femes dengan lagu dangdut...Memori Daun Pisang....yang seangkatan dengan Amelina .....



Tak sangka kini Iwan dah berubah......maka tidak akan kedengaran la lagi lagu-lagu dangdut dari Iwan...atau kebangkitan irama dangdut daripada Iwan......maka tinggal lah lagu Iwan di dalam Pusat Karaoke



P/s: citer pasal karok nih..lama dah aku tak karok nih...tunggu gigi dah ok...siap laaa...hahahahahaha


Monday 11 April 2011

Minggu Pertama April - Buhsan

Minggu pertama April 2011 adalah minggu yang amat membuhsankan dan menyeksakan..apa taknya......



1) GIGI BONGSU AKU BENGKAK
Start rasa macam tak selesa hari Rabu & Khamis.....Jumaat tuh aku redah je...makan BBQ kat umah may....then bengkak gilak ahhh......so inat sabtu tuh nak gi...tapi cermin kete plak pecah......so kol 5.30 tuh baru setel btolkan cermin....then merayap-rayap la aku carik dentist...tengok-tengok...semua dah tutup..ampes btol...
plan hari ahad nak gi...PONNNN TUTUP JUGAKKK!!!......ampessss...so solution aku ...aku gi farmasi..beli antibiotik & pain killer kasi redakan bengkak aku nih.....tapi tuh citer minggu lepas.....arinih secara officialnya gigi aku dah di cabut.....giler ahhh bunyik macam ampes kott........nasib dia bius..kalu tak...merana aku dowhhH!!!...anyway...arinih aku MC...muekkeekekekekk




2) CERMIN KETE AKU PECAH
Ada mamat pakistan sabit rumput....then batu terbang melayang kat cermin kete aku (cermin sisi kat belakang yang last sekali).....time pecah tuh...panassssssssssssssssssssssssssssssssssssss je ati aku......tapi nak buat camna...menda tuh bukannya di rancang.....


So terbang la RM100 untuk baiki cermin tuh...anyway...tempat buat cermin nih murah siot...kat area puchong letaknya...pakcik aku rekemenkan......huhuuhhuh...nasib...nasib....nanti nak tinted plak cermin kete aku yang pecah tuh....adoyaiii...duit lagik....





P/S: Rupiah dah tuko...tak sabo nak gi Jakarta Sabtu nih...huhuhuhhuh...mantopssssssssssssss!!

Friday 1 April 2011

Sepupu-Sepapat


Gambor nih di ambil masa nini punya wedding...rasanya dah setahun lebey dah nini kawen......kejapnya masa berlalu.....anyway dalam gambor nih eman (yang belah kiri sekali) dah kawen....dengar-dengar kabor..haq  (3 dari kiri) pun nak kawen.....jangan ijat (kanan sekali) nak kawen tahun depan sudah.....adussss....jenuh aku macam nih!!!!.....arghhh!!!!....hhuhuhuhuhuh

Monday 21 March 2011

Tsunami Jepun vs Kiamat 2012


Aku simpati dengan negara Jepun skang nih.....ye ahh...negara Jepun nih umpana negara yang paling aku suka.....orangnya lemah lembut....sopan santun...bersih....jenayah kurang....aman..damai.....kira mantap la.....pertama kali kaki aku jejak kat Jepun aku dah jatuh cinta dah.....




Skang nih sampai 3 bencana landa Jepun....Gempa Bumi, Tsunami & Loji Nuklear.....aku pecaya...dan aku harap rakyat Jepun akan bangkit dengan cepat selepas kejadian-kejadian ni.....

TSUNAMI....apakah yang damaksdkan tsunami...TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sapa-sapa yang mendengarnya. Takder sapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.

Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami ni akan membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.

Sehingga kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300 tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.

Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.

Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.

Mengenali rakyat Jepun nyata mereka dikenali dengan semangat tinggi untuk bangkit seperti kebangkitan yang ditunjukkan mereka selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Namun diharapkan selepas tertinggal di belakang China pada nombor tiga sebagai negara ekonomi terbesar dunia, mungkin peristiwa tsunami ini akan memberi sinar baru yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan .

Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.

Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.


Kiamat 2012

Apatah lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.





Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.




Nostradamus

Begitu juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;

"At the place where HIERON has his ship built,

There will be such a great sudden flood,

That one will not have a place nor land to fall

upon,

The waters mount to the Olympic Fesulan."

Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.



Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.


Planet Nibiru


Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.

Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.



Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.



Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.

Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?

Kod rahsia

Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.

Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).

Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.

Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.

Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Islam



Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".

Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?

Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Wallahualam bissawab

p/s: cited from Utusan Malaysia

Sunday 20 March 2011

Sejenak Bersama Keluarga di PD


Setelah beberapa bulan aku booking Rumah Rehat Persekutuan..akhirnya plan aku berjaya jugak....12, 13, 14 Mac lalu aku dengan family-family aku buat family day kat Hotel Permaisuri Hotel & Resot, Port Dickson. Berbekalkan RM460 sahaja...aku dapat booking 2 apartment.....dalam 1 apartment ada 3 bilik....heheheheheh..satu malam RM115 jer.....compare kalau booking direct RM580 satu apartment satu malam kot...gilak mahal...hahahhaha





Banyak gak la aktiviti yang ada kat hotel ni dan memang menarik la jugak..bilik-bilik hotel nih pun mantap gak...ada ala-ala kitchen kabinet & peti ais.tapi tak leh masak........tapi aku dulik haper.....aku sorok-sorok bawak gajet2 elektronik dapur....multipurpose cooker, fryer, rice cooker & cerek naik hotel.....

Time nak bawak tuh memang series lawak la.....hehehehehe...semua sorok-sorok...malam-malam seludup barang-barang masuk apartment...nasib tak kantoi....dengan berasnya...telo, sardin, naget hotdog, ikan bilis, dan macam2 lagik la....siap bawak ikan masin tu....mau kalau goreng tuh...bau satu hotel wehhhh...

Masalahnya kitchen kabinet hotel sediakan...tapi tak leh masak..jenuh la ada 30 orang kalau asyik nak beli makanan luar je.....kalau masak kan ke jimat. Siap kat lobi tuh bagitau...
"Pelangan dilarang memasak atau membawa makanan dari luar"...tapi itu sekadar signbod je la...muwakahahahahahahahahah

Anyway..ni view dalam hotel tuh la.....kira luas dan ngancam gak la...muat la untuk 30 orang kot (untuk 2 apartment laaaaa)...hehehehehe.....aku time nih memang tido merempat la...mana-mana apartment or bilik yang sempat aku tido...aku tido....hehehehehehe...belasah jerrrr





Antara aktiviti-aktiviti yang menarik makcik-makcik & pakcik-pakcik & kazen-kazen aku buat adalah...makan...tido..makan tido...mandi swimming pool tiap-tiap hari tak kira pagi or petang, dan sukaneka.....courtesy to Hamdi & Nini kerana menganjurkan sukaneka.....memang TERBHAEKKKK!!!! dan lawak......cuma sesi karok je takder.....hehehehehee....

Siap malam sabtu tuh surprise party sambut besday semua family yang lahir dari bulan 1 sampai bulan 3.....heheeheh...kira package sekali combo meal la nih......lepas nyalakan lilin..sorang tiup...then nyalakan balik lilin...sorang lagik tiup.....naseb tak ramai...ada dalam 3-4 orang.....kalau 15 orang buat camnih...mau cair lilin tuh sampai tak leh nak tiup lagi dah...hehehehehe.....

Anyway...this trip was really fun and enjoy...bagus untuk merapatkan semua yang telah rapat...ye laa....setahun sekali enjoy lepak-lepak......mengeratkan tali silaturrahim lagik...hehehehhe...ingat nak jadikkan acara tahunan family aku laa....

Next target....hujung tahun aku nak book rumah persekutuan kat Cameron Highland plak...hehehheheeh.....kepada semua family aku.....tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu................