Pages

Wednesday 26 January 2011

Teater Muzikal Tun Mahadir 2



Ahad hari tuh 23 Januari 2011, aku dengan team penonton teater menonton teater nih. Ini lahg first time aku tengok teater....dan hasilnya...hehehehehe...memberangsangkan dan aku rasa pas nih kalau ada teater-teater
lain, aku ingat nak gi tengok ahhh teater-teater lain nanti...heheheheheh

As usual, kalau nak gi Istana Budaya (IB) nih, dia ada kod etika berpakaian...so bukan sembarangan pakaian leh masuk....eheheheheh...aku punya la dok cari and tanya kat member-member aku pasal etika pemakaian ke Istana Budaya.....

Kesimpulannya :
Lelaki : Pakai Polo T pun boleh (janji berkolar)
Khakis or seluar slack
Batik pon boleh
Shirt Berkolar pun boleh
Seluar jeans tak boleh

Perempuan : Pakai Polo T pun boleh (janji berkolar)
Baju Kebangsaan
Batik
Shirt Berkolar pun boleh
Seluar jeans tak boleh

Sebab apa aku list dalam nih...ye ahh..kang pakai merapu kang...petugas-petugas IB ada hak untuk melarang kita daripada masuk teater kalau kita takikut etika berpakaian.

So hari tuh aku pakai baju polo T dengan khakis warna teh tarik...heheheheh. Makanan pon tak leh bawak ikutkan, tapi aku humban je dalam beg, selamba bawak air dengan makanan....bila dia tanya..aku cakap je tak bawak apa-apa...heehehhehe

So once dah duduk and teater nak start...semua kene bangun untuk nyanyi Negaraku..hehehehe....aku nyanyi dengan penuh semangat wehh!!!!!

bila pementasan dah bermula...aku ingat aku akan mengantuk, tapi sebenarnya...aku tak ngantok...miracle wehhh!!!!! apa-apa pun.....kelibat Sarimah Ibrahim sebagai Pencerita...memang amat melucukan.....ramai menunggu time Sarimah kuar je....bila time nak boring je....Sarimah kuar...hehhehehehehe...so ilang la boring..

Anyway......Teater Muzikal Tun Mahadir 2 nih kira mantap ahhh........Esma Daniel belakon jadik Tun Mahathir memang menjadik......seriesss ahhh!!!.....tarak tipuuu woooo...

Tak macam Teater Muzikal Tun Mahadir 1, ada pertukaran pelakon-pelakon dalam Teater Muzikal Tun Mahadir 2. Masa Teater Muzikal Tun Mahadir 1, Sarimah Ibrahim takder...so teater nih macam berat sikit...tapi bila ada komen penambahbaikkan, Teater Muzikal Tun Mahadir 2 menyertakan pencerita iaitu Sarimah Ibrahim.

Disebabkan first time aku tengok, tiba-tiba announce yang ada break 15 minit...perghhhhh tokujut gak ah aku...heheheheheh....biasa tengok wayang takder break-break nih....masuk teater ada le plak..muekekeekke

Anyway Teater Muzikal Tun Mahadir 2 memang tip top....dan menarik.....daripada 10, aku bagik 8/10 la...muekekekeke

Nota kaki: aku tak tau nak komen apa dah...hehehehheh



Sunday 23 January 2011

Sepetang di P20 Putrajaya




Thaipusam ari tuh aku dok lepak dengan Azmil.....punyala lama aku tak lepak dengan azmil.....umah dia pon dah lama giler tak jejak....so lepak punya lepak tuh....time nak antar azmil kat umah dia....lalu plak kat area Precint 20, sini lah port tempat orang main remote helly & kapal terbang.....hobi yang sangat menarik tapi memakan belanja yang besar kot...heehheheh...


Bila melihat kita kawal kapal terbang tuh macam bestttttttttttttt jerrrrr......kalau nak jadikan hobi baru, maka wish list aku untuk tahun nih banyak yang takkan ditunaikan lah...so rasanya aku takkan laksanakan aktiviti nih la kot...hehehheh....adoyaiiiiiiiii.....



Budak nih memang interested giler dengan kapal terbang nih...siap bapak dia panggel balik pon tak nak jugak



Helly terbalik?? kalau dunia nyata..sure-sure dah terhempas



Antara budak-budak yang taksub tengok kapal terbang...yang sorang tuh siap tenganga mulot tengok...hahahahah



Aktiviti dengan anak pon boleh...heheheheh



Warming up sebelum naikkan kapal terbang



Bincang strategi untuk naikkan kapal terbang kot..hehehehe



Cara nak sambut kapal terbang daripada terhempas...tapi kalau silap sambut...mau hempap orang nih..naya siot!!!




Nota kaki : Rasanya nanti kalu aku nak main jugak macam diorang...maka aku akan beli wau bentuk kapal terbang plak untuk main kat area nih.....sure-sure orang pelik tengok aku main kapal terbang yang menggunakan remote control manual iaitu tali untuk menerbangkan wau aku...hehehhheheheheh

Friday 21 January 2011

Tak Paham.....


Belah kanan blog aku nih ada satu link yang kat bawah Nuffnang yang bagitau kita harga website kita nih....dengan selambanya dia letak akunya website harga RM35,062.08. Kalau nak tengok secara detail, nih link dia -> tak paham



aku ada gak buat ujian kat website lenlain hasilnya adalah:

JPN = RM 138,554.57
MOE = RM 1.23 Million (giler mahal!!!)
TV3 = RM 1.07 Million (tv3 kalah dengan moe)
Facebook = $7.19 Billion
Hotmail = $7.19 Billion
Google = $9.48 Billion (gilak ahhhh!!! mahal siottt!!!)
Airasia = $13.62 Million
MAS Airlines = $5.51 Million
Lelong = RM 3.34 Million
Mudah = RM 8.04 Million

Base on apa yang dia buat analisis tuh eak? adakah base on traffik kat page? adakah base on bilangan post? atau base on visitor??? reliable ke tak? adoyaiiiii....tak paham...tak pahammm..






Nota kaki : Kalau la aku dapat jual website aku nih.....leh aku beli kete proton saga sebijik...hehehehe...aku dok nak tanya nih....ada sesiapa yang berminat nak beli tak? hehehehehehe

Thursday 20 January 2011

Pengganti PTK


PTK...hmm....ramai yang suka...dan ramai juga yang tak suka....baru-baru nih JPA dah mansuhkan PTK...maka ada kriteria baru plak nanti akan digunapakai. Aku baca Berita Harian hari nih nder tajuk 'Nilai Tugas Hakiki', itu adalah kriteria penilaian baru ganti PTK yang disyokrn oleh CUEPACS....

Selain daripada ujian penilaian tugas hakiki, tempoh masa perkhidmatan juga akan diambil kira dalam sistem penilaian baru bagi memastikan perkhidmatan awam yang berpengalaman tidak diketepikan dalam pertimbangan kenaikan gaji atau pangkat. Itu adalah kriteria yang dicadangkan oleh CUEPACS masa mesyuarat pertama dengan JPA, tak sure plak samaada JPA setuju atau tidak...ye ahh baru 1st time jumpa...

Ujian penilaian baru tuh nanti akan dibuat berdasarkan kepada keunikan jabatan masingmasing dan lebih fokus kepada tuas hakiki kakitangan berbanding dengan PTK yang kebanyakkan soalannya tidak relevan dengan tugas-tugas hakiki.

Bagi kenaikan pangkat pula, penjawat awam yang mempunyai prestasi cemerlang dan berpengalaman akan diberi keutamaan dengan menghadiri kursus khas serta dinaikkan pangkat secara automatik tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan. Kaedah ini adalah berbeza dengan sebelum ini yang mewajibkan penjawat awam lulus cemerlang dalam PTK, tapi terpaksa tunggu kekosongan jawatan sebelum dinaikkan pangkat.

Berdasarkan kepada laporan Berita Harian itu juga, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA, JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah mengesahkan bahawa sistem penilaian baru akan mengambil kira keunikan jabatan dan pencapaian individu dalan tugas hakiki. Apa yang dirangka adalah mengikut keperluan dan tata cara perkhidmatan sedia ada, bukan macam konsep macam dulu, digubal serta digunapakai oleh semua jabatan, sedangkan ia tidak memenuhi keperluan.

Ia juga akan berbeza mengikut profesyen seperti polis, guru dan doktor. Menurut beliau lagi, beliau yakin sistem baru yang belum diberi nama itu akan lebih adil dan pasti semua pihak akan berpuas hati.

Nota kaki: hmm.....macam menarik juga....tapi takut banyak plak kaki kipas dengan kaki ekon plak pas nih.......maka semuanya akan lebih sejuk je dalam opis tuh...heheheeheheheh

Sunday 16 January 2011

The No Pants Subway Ride

La nih macam-macam menda pelik dah berlaku, baru-baru nih kat New York diorang sambut acara The No Pants Subway Ride...hahhaahah....maksudnya semua akan pakai undies untuk pegi keje...huhuuhuhuh......



Kalau ada yang segan silu, mungkin pakai seluar pendek, yang tarak hal..pakai underwear or panties or boxer walaupun dalam suhu yang sejuk......bayangkan pakai kot, tali leher, baju kemeja...tapi pakai boxer...hahahahah....giler pelik dowhh!!!





Acara ni start sejak 2002 bila ada kumpulan yang dikenali sebagai Improv Everywhere galakkan pengguna tren bawah tanah tak pakai seluar panjang dan skirt. Tahun lepas je ada 1,500 orang menyertai acara ni dan dikatakan lebih 1,000 orang lagi di 50 bandar diseluruh dunia turut serta dalam memeriahkan acara ini....hahahahahaha



Sebenarnya ada dua acara berbeza untuk hari tanpa seluar. Satu lagi acara dianjurkan pada setiap minggu pertama Mei setiap tahun dan semua orang dari pelbagai lapisan masyarakat menyertainya. Ada yang ahli perniagaan ternama, pelajar dan pemimpin masyarakat yang dihormati pun akan menyertai acara ini.



Yang pelikya ramai gilak ah yang join acara ini di seluruh dunia terutama kat Europe dan Australia. Acara ini yang tak silap aku dah ada sejak tahun 1986 untuk orang ramai menikmati hari mereka tanpa sebarang prejudis terutama kepada mereka yang tidak memakai seluar.

Pehhhh bayangkan la kalau acara nih ada kat mesia....sure-sure kes rogol meningkat dan kejadian muntah darah atau muntah ijo ada...ye ahhh tengok makcik-makcik pakai underwear...tengok pakcik-pakcik pakai spender...pehhhhhhhhhhhhhhhh gelap masa depan dowhh!!!!.....



iskk..series ah aku tak dapat bayangkan kalau mesia ada acara nih...dah la tak tutup aurat.....sure-sure kene tangkap ahh...tapi best untuk mencuci mata yang kotor nih...hahhhahahahaha



PROUD TO BE MALAYSIA......heheheheh...walaupun takder menda2 acara nih...

NOTA KAKI : plan tahun depan bulan mei nak gi NY ah....nak join The No Pants Subway Ride...nak pakai boxer sponge bob aku ahh....hahahahhhaha........sembang tak hengatttttttt!!!!

Monday 3 January 2011

SENARAI BAJU EXPLORACE 2011





Aduyaii..payah bebenor kat opis nih FB kene block, berok ben takder plak.....tapi Zaidi plak suh aku upload info kat dalam FB and tag nama dia...adus...adus...so nih aku divertkan info dari FB ke dalam blog aku..ni semua info berkenaan order baju. Design dia ko amik kat post aku (klik sini), bilangan baju plak macam dalam imej kat post nih. hehehehe...nih je la cara paling efisyen nak inform kat ngko...ehheheeheh......ingat Zaidi, Jumaat nih nanti aku amik baju kat ngko.....duit akan di bank in dengan kadar yang segera. heheeheheh

EXPLORACE JPN 2011



Sabtu nih untuk pertama kalinya akan ada event Kelab Kebajikan Bahagian aku iaitu explorace...heheeheheh.......

As usual, aku urusetia event nih....takper..untuk menyedapkan hati, next event...aku takkan jadik urusetia...aku akan jadi peserta sahaja!!!! muwakakaahahahaahah

Sebelum ni, semua staff kat bahagian aku dibahagikan kepada 5 rumah, iaitu rumah biru, hijau, merah, oren & kuning. Aku telah diundi masuk dalam rumah biru..heeheheh...dan seperti biasa sokongan padu aku untuk event nih adalah untuk rumah BIRU!!! go BIRU...go BIRU go BIRU!!!!

Nota : Tengah pikior maskot apa nak dipakaikan untuk rumah sukan aku nih...ehehhehh...rumah BIRU...takkan nak pakai Blue Hyppo kot...heheheheh

Sunday 2 January 2011

Outing 2011 Bil 1 [ Photoshot Tema : Model ]





Ari nih penat gak la...aktiviti yang dah lama aku tak dapat lakukan.....ea la..selama nih dok keje..keje..keje..keje..keje..keje.....nak muntah dah aku...

So ari nih memulakan hari dengan main batminton kat seksyen 17 dengan mamu, acap and farid...hehehehehe...4 orang pun jadikkkk........janji dapat besukan....then pas main batminton, aku shoot ke lokasi penggambaran..hehehehheh....tetiba Syakib call plak, ajak buat photoshot kat Ulu Yam, model : Wan Hakim Amir...hahahahahaha......mau muntah aku tengok si wan jadik model...wakahahahahaahah.

Then last-last minit syakib call tak jadik, pasal wan ada hal, subjek untuk tangkap gambar takder....so cancel and buat time lain plak. So aku menerus menggagahkan diri ke tempat pengambaran untuk sesi photoshot dengan geng lee, sham, shahril, ijat, pear dan man.

Sampai je, diorang dah start photoshot, aku lambat sikit le plak..hehehehe......setiap orang ada peranan masing-masing:

Aku, lee, pear & sham : Cameraman
Shahril : Lighting man
Man & jat : Tugas-tugas rencam
Model : ema
Tempat : Putrajaya

Ema nih kawan si ijat, muda lagik...baru 19 tahun.....tapi tak kisah, janji ada subjek dan ada job untuk dibuat weekend nih. Pas selesai semua photoshot, terus melantak kat Teja Precint 9, pas melantak....man plak ajak gi tengok wayang.....memula macam minat...tapi bila pikir katil & tilam..heeheheheh..aku terus kansel......pikiran aku skang nak tido...tido...tido..penat wehhhh...tah bila lagik aku akan dapat time berehat macam nih....


In da making...shahril memang lightingman tip top!!!


Untuk tatapan semua..nih ada sekeping dua gambar yang aku dah amik, tapi tak sempat nak edit lagik, nanti aku dah edit gambar-gambar semuanya...aku akan post hasil kerja-kerja aku...hehehehehehe....

Nota: Esok dah mula kerja balik....giler malasssssss......as usual sure-sure akan bz giler ahh!! Next projek, model muslimah plak..



Ijat dengan gaya Bruce Lee




Aku dengan man lepas geram dengan penuh bergaya...hahahah








Saturday 1 January 2011

MEREBUS BADAN DI SELAYANG HOT SPRING


Biasanya orang weekend akan gi mandi air terjun or berkelah kat pantai...tapi hari nih aku dengan ayah aku gi outing ke KL untuk mandi Kolam Air Panas Selayang.....memula gi KL makan nasi kandar power tak hengat kat area Chow Kit, nama restoran tuh Yaser Pulau Pinang Nasi Kandar.....memang series tak hengat sedap hingga menjilat jari kaki.....kalu makan hari-hari pun aku ok je.....nanti aku ingat nak amik gambar kedai restoran tuh and makanan dia...orang beratur memang tak hengat...non-stop sehhhhhhhh.........hehehehehe...kenyang memang tak payah citer lah....

Pas makan, aku dengan ayah aku ke arah Kolam Air Panas Selayang, jenuh jugak la mencari..last-last jumpa jugak......memang terbaik beb...panas giler....kat situ ada 3 kola, kolam panas 25%, kolam panas 50% dan kolam yang panas 90%...hahahahahaha...aku mandi kat tiga-tiga kolam tuh....tapi yang tak bestnya...tak leh nak rendam-randam badan macam kat Kolam Air Panas Gadek Melaka, kat sini kene bawak gayung and baldi sendiri.....

So sampai je sana, aku terus menukar pakaian seragam mandi aku, amik baldi dan gayung...terus menuju memilih kolam mana yang aku nak start....aku start dengan kolam yang panas 90%...pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh perit dowhh!!!......kat 15 minit gak ah aku siram-siram....then aku try kolam yang panas 25%...hmmmmm...tak thrill la plak...heheheheeh...last-last aku dok kat port kolam yang panasnya 50%.....so kat sejam gak ahh aku lepak situ siram-siram ala-ala putera raja yang bersiram tepi perigi di raja...hahahahahahahahaah

As usual...aku kalau dah mandi kolam air panas, aku akan letey dan nak tido..naseb ayah aku tak mandi, so ayah aku la jadi mangsa drive kete......heheheheeheh....so sepanjang balik ke umah, memang aku tido je dalam kete sebab letey tak hengat...aku pun tak tau kenapa kalau aku mandi kat kolam air panas, badan aku akan letey.....series musykil..anyway...pas dah bangun dari tido tuh...memang segar bugar ahh..hehehehehe.......pas nih nak gi lagik kat sana ahh....nak try jadikkan aktiviti bulanan..untuk makluman semua kalu mau kulit mulus ala-ala kulit baby..hehehehe...tak payah gi spa or mandi susu kambing la, mandi mentega la....mandi je kat Kolam Air Panas Selayang.....memang terbhaeekkk!!!!!....


signbod dia memang tersorok...kat 3 kali gak la aku telepas....




kalau nak tau macam mana nak ke sana klik link nih untuk map ke sana : Kolam Air Panas Selayang

SELAMAT TAHUN BARU!!!!



Aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA....moga segala apa yang di impikan dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang......

Bagi aku plak......banyak menda lagik yang perlu aku laksanakan......ada 10 azam aku plan nak laksanakan tahun 2011:

1) Beli kete seken hen untuk jadik kete lenjan gi opis
2) Perbanyakkan sedeqah, amal jariah dan ibadah
3) Simpan duit banyak-banyak dan laburkan duit aku
4) Beli jam tangan baru
5) Melancong dengan lebih banyak lagi
6) Beli Boxer baru
7) Aktifkan lagi blog aku
8) Settle down
9) Beli PC/Laptop baru
10) Anjurkan family day untuk family aku

Moga semua impian dan azam aku tahun 2011 dapat dilaksanakan dengan cemerlangnya...amin...