Pages

Saturday, 27 February 2010

Halala..........

Sejak dua menjak ni Kopitiam famous di kalangan muda mudi yang berugama Islam melepak. Adakah restoran nih halal ke dak? Selalu aku tengok ada pelbagai jenis logo terpampang kat depan restoran-restoran kat malaysia ni, ada halal dari south east Asean region la.....Indonesia la..apa la.....yang aku tak paham, kenapa wujudnya pelbagai jenis logo halal macam ni kat Malaysia, walhal Malaysia target nak jadi halal hub, tidakkah ini akan lebih mengkonfiuskan orang ramai. Kenapa tidak ada satu sahaja logo halal yang dikeluarkan di dalam Malaysia, bukankah ini sepatutnya tindakan yang sewajarnya? Moga-moga JAKIM dapat mengambil tindakan dengan batalkan semua logo-logo halal yang selain daripada JAKIM dan denda retoran-restoran yang dok main-main ngaku restoran dia halal, siap dengan sijil halalnya...tapi yang keluarkannya...tak tau dari mana puncanya....


Logo atas ni selalu diguna pakai oleh kopitiam-kopitiam, aku pon tak tau sapa yang keluarkannya...tetiba ada je logo nih....




Even Indon punya logo halal pon ada kat malaysia......




logo halal Singapore pon ada jugak kat Malaysia...




Korea punya pon tak ketinggalan ada jugak....




dan yang atas ni selalu ada kat jajan jajan yang dijual kat kedai-kedai runcit...


Tidakkah dengan adanya kepelbagaian logo halal di atas membingungkan pengguna Islam? Alangkah indahnya kalau ada satu je logo halal yang dikeluarkan dalam Malaysia ni.....kalau ada produk import dari Singapore ke..Korea ke..Indon ke.....pengimport perlu mendapatkan pengesahan daripada JAKIM dan dapatkan logo halal JAKIM untuk pengiktirafan instead daripada guna logo negara diorang.........mintak-mintak JAKIM dapat melaksana perkara ini dengan segera, kerana ini adalah soal pemakanan halal dan haram kita......

No comments:

Post a Comment