Pages

Saturday 20 February 2010

GOMENIAN : Gomen vs Private services

Persoalan ini sudah jelas terpancar di benak setiap orang di Malaysia, adakah perkhidmatan warga Kerajaan sudah dipertingkatkan? Orang selalu komen "Ala..keje gomen OK la...rilek-rilek akhir bulan dapat gaji, dah tua makan pencen". Itulah yang selalu tersemat di dalam minda setiap orang di luar gomen. Memang tidak di nafikan terdapat segelintir warga gomen yang sebegitu rupa, tetapi ini adalah bertepatan dengan peribahasa melayu "Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga".

Perkhidmatan warga gomen kepada rakyat sudah dan sedang dipertingkatkan lagi, sistem penyampaian , e-governance dan peningkatan modal insan sering diberi penekanan demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kenapa kami berkhidmat dengan gomen? well 1st sekali security dan masa depan dan 2ndly sebab nak berkhidmat kepada rakyat. Kami yang masuk gomen nih punya la susah, tapisan demi tapisan dilakukan dan hanya yang lulus tapisan dan interview saja yang dapat lepas. Kenapa ini dilakukan? untuk memilih yang terbaik diantara yang terbaik bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, dan ayat "Saya yang menurut perintah" tersemat di hati walau macam mana sekali pun...

Bagi aku, yang pernah berkhidmat dengan private sector dan gomen sector nih, aku rasa memang perkhidmatan gomen terbaik la, ni aku contoh-contoh kenapa perkhidmatan gomen aku kategorikan sebagai terbaik:

1) Claim perjalanan , hujung bulan dapat while private ada yang berbulan-bulan baru dapat claim, camna mau idop??
2) Buat IC - pagi datang petang siap, kalau kat Melaka dalam tempoh 2 jam je dah siap
3) Tuko IC - On da spot leh dapat
3) Buat passport - hari yang sama dah dapat dah
4) Pembayaran kepada kontraktor, vendor dan lain-lain - dalam tempoh 14 hari bekerja

Kerja di gomen nih, perlu daya ketahanan yang tinggi sebab kita berkhidmat untuk rakyat, so hati rakyat nak kena jaga dan kalau boleh bantu, kita akan bantu seboleh-bolehnya.....kalau kena cerca tuh terima je la.....kalau tidak kang mula la antor macam-macam kat media.

Dari segi impak plak......kalau kita tersalah buat kerja, kat private impaknya hanya tertumpu kepada company tu je...tapi kalau tersalah buat keje kat gomen, impaknya terus kepada negara, nusa dan bangsa, risikonya terlalu tinggi untuk membuat kesilapan. Tapi disebabkan keputusan lambat sikit, smeua dah dok bising sebab banyak birokrasi, walhal keputusan perlu diambil dari pelbagai segi dan impak-impaknya kepada negara.

Rasuah, well kalau kat private istilah nih tak wujud, yerla...kontraktor bagik duit la..belanja makan hari-hari, bagik adiah macam-macam, tapi kalau kat gomen buat macam ni, sure SPRM masuk. So hidop tuh takder la mewah...sekadar cukup segalanya aku dah bersyukur dah.....alhamdulillah.

Well, last but not least, im proud to serve with gomen, sebab aku rasa dengan sumbangan aku yang tak seberapa ni dapat memberi impak kepada semua, tak kira warga Malaysia ka, company ka, kesejahteraan ka..apa ka.....janji aku puas dengan kerja-kerja aku.....IM GOMENIAN!!!!!! LONG LIVE GOMENIAN!!!

No comments:

Post a Comment