Pages

Monday, 21 March 2011

Tsunami Jepun vs Kiamat 2012


Aku simpati dengan negara Jepun skang nih.....ye ahh...negara Jepun nih umpana negara yang paling aku suka.....orangnya lemah lembut....sopan santun...bersih....jenayah kurang....aman..damai.....kira mantap la.....pertama kali kaki aku jejak kat Jepun aku dah jatuh cinta dah.....




Skang nih sampai 3 bencana landa Jepun....Gempa Bumi, Tsunami & Loji Nuklear.....aku pecaya...dan aku harap rakyat Jepun akan bangkit dengan cepat selepas kejadian-kejadian ni.....

TSUNAMI....apakah yang damaksdkan tsunami...TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sapa-sapa yang mendengarnya. Takder sapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.

Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?

Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.

Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami ni akan membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.

Sehingga kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300 tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.

Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.

Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.

Mengenali rakyat Jepun nyata mereka dikenali dengan semangat tinggi untuk bangkit seperti kebangkitan yang ditunjukkan mereka selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Namun diharapkan selepas tertinggal di belakang China pada nombor tiga sebagai negara ekonomi terbesar dunia, mungkin peristiwa tsunami ini akan memberi sinar baru yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan .

Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.

Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.


Kiamat 2012

Apatah lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.





Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.




Nostradamus

Begitu juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;

"At the place where HIERON has his ship built,

There will be such a great sudden flood,

That one will not have a place nor land to fall

upon,

The waters mount to the Olympic Fesulan."

Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.



Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.


Planet Nibiru


Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.

Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.



Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.



Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.

Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.

Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?

Kod rahsia

Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.

Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).

Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.

Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.

Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Islam



Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".

Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?

Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Wallahualam bissawab

p/s: cited from Utusan Malaysia

Sunday, 20 March 2011

Sejenak Bersama Keluarga di PD


Setelah beberapa bulan aku booking Rumah Rehat Persekutuan..akhirnya plan aku berjaya jugak....12, 13, 14 Mac lalu aku dengan family-family aku buat family day kat Hotel Permaisuri Hotel & Resot, Port Dickson. Berbekalkan RM460 sahaja...aku dapat booking 2 apartment.....dalam 1 apartment ada 3 bilik....heheheheheh..satu malam RM115 jer.....compare kalau booking direct RM580 satu apartment satu malam kot...gilak mahal...hahahhaha





Banyak gak la aktiviti yang ada kat hotel ni dan memang menarik la jugak..bilik-bilik hotel nih pun mantap gak...ada ala-ala kitchen kabinet & peti ais.tapi tak leh masak........tapi aku dulik haper.....aku sorok-sorok bawak gajet2 elektronik dapur....multipurpose cooker, fryer, rice cooker & cerek naik hotel.....

Time nak bawak tuh memang series lawak la.....hehehehehe...semua sorok-sorok...malam-malam seludup barang-barang masuk apartment...nasib tak kantoi....dengan berasnya...telo, sardin, naget hotdog, ikan bilis, dan macam2 lagik la....siap bawak ikan masin tu....mau kalau goreng tuh...bau satu hotel wehhhh...

Masalahnya kitchen kabinet hotel sediakan...tapi tak leh masak..jenuh la ada 30 orang kalau asyik nak beli makanan luar je.....kalau masak kan ke jimat. Siap kat lobi tuh bagitau...
"Pelangan dilarang memasak atau membawa makanan dari luar"...tapi itu sekadar signbod je la...muwakahahahahahahahahah

Anyway..ni view dalam hotel tuh la.....kira luas dan ngancam gak la...muat la untuk 30 orang kot (untuk 2 apartment laaaaa)...hehehehehe.....aku time nih memang tido merempat la...mana-mana apartment or bilik yang sempat aku tido...aku tido....hehehehehehe...belasah jerrrr





Antara aktiviti-aktiviti yang menarik makcik-makcik & pakcik-pakcik & kazen-kazen aku buat adalah...makan...tido..makan tido...mandi swimming pool tiap-tiap hari tak kira pagi or petang, dan sukaneka.....courtesy to Hamdi & Nini kerana menganjurkan sukaneka.....memang TERBHAEKKKK!!!! dan lawak......cuma sesi karok je takder.....hehehehehee....

Siap malam sabtu tuh surprise party sambut besday semua family yang lahir dari bulan 1 sampai bulan 3.....heheeheh...kira package sekali combo meal la nih......lepas nyalakan lilin..sorang tiup...then nyalakan balik lilin...sorang lagik tiup.....naseb tak ramai...ada dalam 3-4 orang.....kalau 15 orang buat camnih...mau cair lilin tuh sampai tak leh nak tiup lagi dah...hehehehehe.....

Anyway...this trip was really fun and enjoy...bagus untuk merapatkan semua yang telah rapat...ye laa....setahun sekali enjoy lepak-lepak......mengeratkan tali silaturrahim lagik...hehehehhe...ingat nak jadikkan acara tahunan family aku laa....

Next target....hujung tahun aku nak book rumah persekutuan kat Cameron Highland plak...hehehheheeh.....kepada semua family aku.....tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu................



























Saturday, 19 March 2011

Video Pengkid Durjana Bunuh Anak Kucing


Giler Kejam kotttt pengkid sekor nih....nih la yang dok kecoh-kecoh skang nih...ikot ati aku...nak je aku pukui dia dengan payung macam mana dia buat kat kucing tuh....kejam siott!!!!!!

Just nk share menda-menda yang kecoh kat FB skang nih.....iaitu kes TOMBOY yang bunuh anak kucing kat serdang kot! video nie dapat dari CCTV kat area lorong...

Memang kejam dowhh...pukul dengan payung...pijak sesuka hati.....memang series jahanam punya orang.......tak silap aku kat Facebook pengkid nie..dia gunakan nama:'MR.LONENY MR.LOUIS' try cari tengok...manala tau ada lagi ke tak? kat FB semua bersungguh dok cari number fon pengkid ni...last-last dapat gak no HP dia.....0162833360...so sapa nak ngorat dia...sila la call dia k...hehehehehe




NIH LA GAMBOR & VIDEO MANGKOK HAYONG TAKDER HOTAK PUNYA ORANG!!!!!






Friday, 18 March 2011

TV Mahalku Rosak!!!


Arinih balik umah awal ingat nak rehat-rehat tengok berita TV....tapi bila bukak TV....on macam blank....series bengang aku...walhal baru beli 3 bulan lepas kot......dah la mahal TV tuh aku beli.....



Dok godek-godek TV tuh masih tak berhasil....try pasang DVD...pun tak berhasil...maka aku dengan rasminya anggap TV aku rosak. Then aku nak try surf website Panasonic nak dapatkan no telefon Service Center...ingat esok nak call....pulak dah..internet aku da tak leh masuk plak....series macam haram!!!!

So call la orang TM.....try punya try...dok cek lampu modem, semua nyala...still tak dapat nak akses, then aku panjat bumbung umah cabut splitter...still tak dapat jugak...then aku clearkan cookies & history...pun tak dapat jugak....then orang TM tuh nak set DNS aku plak...once aku nak try godek-godek..tetiba boleh plak...series macam AMPES lagik!!!!

So aku browse website Panasonic.....Nasib la TV aku under warranty...sambil belek-belek kad warranty aku....aku carik gak no phone Service Center....then aku call.....dia cakap Service Center beroperasi dari Isnin-Jumaat dari jam 9.00am - 5.00 petang...aku pikir-pikir balik...kejadahnya dianya Service Center dari Isnin - Jumaat...pesal takder hari Sabtu...sedangkan GOMEN pun bukak sampai hari Ahad....nih private sampai hari Jumaat...ingat customer dia banyak masa ke nak antar TV time office hour!!!..series macam ampess....!!!!!...

Pikir-pikir balik....TV bagak aku sebelum nih lagik bagus..kat 10 tahun tak penah meragam......nih nama je canggih..LCD la...full HD la...apa la...tapi rosak cessssssssss.......



Malang...malang naseb aku nih...hujung minggu nih sure-sure aku buhsan giler takder TV!!!!!!

3rd Putrajaya Hot Air Balloon 2011, Putrajaya (SIRI 2)


As Usual ari nih aku masuk lambat lagik....pasal ondaway aku ke opis....aku nampak balloon kegemaran aku iaitu Woodrow D Greenleaf & Doraemon & Festo Upside...heheheheh......maka dengan rasa tak bersalah..aku masuk lambat lagik hari nih...hahahahahahaha......



Inilah belon Woodrow D Greenleaf yang sangat menarik perhatian aku.....manteppp sehhhh!!!!




Nih plak..sapa yang tak kenal....memang pames gilak ahh...doraemon




Yang nih Festo Upside...memang rare sikit ahh..sebab dia nampak macam terbalik plak...hehehehehe


Hari nih memang lagik ramai orang daripada semalam.....semalam takder la ramai banget macam nih........hari macam ampess......semalam patli ajak aku gi outing lagik pepagi buta nih...tapi disebabkan aku ada meeting.....so terpaksala aku rejek....time aku nak balik tuh aku terserempak plak dengan patli & amir...ampessssss btol...terus diorang tembak aku...."cakap ada meeting.....macam nih la ko"...hahahahahaha....anyway....memang aku ada meeting pagi nih.....so tu pasal aku tak join diorang...aku singgah kejap je.....heheheheheeh

Anyway.....arinih aku pueh hati coz dapat tangkap 3 belon kegemaran aku....nih la gambor-gambor hasil tangkapan aku hari nih...hehehehehh


aku saje godek2 gambor nih.....nampak macam lukisan sikit...heheheheh



Dari perut doraemon.....besorrr seyyy!!!



perut Doraemon nak kene cucuk jarum...huhuhuhuh..mau bocor siot..sian doraemon





Doaemon vs Darth Vader