Lately banyak orang gomen dok risau dengan skim saraan baru yang telah diumumkan oleh Y.Bhg PM pada pembentangan bajet 2012 yang lalu....SBPA akan diperkenalkan oleh gomen yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Ada yang cakap bagus, ada yang cakap tak bagus...yang tak bagusnya pasal dengar ura-ura ada skim yang akan dijumudkan, ada skim yang akan bergabung....adusss banyak sangat komen-komennya dan romours-romoursnya.....hopefully SBPA akan memberikan faedah yang terbaik la kepada kakitangan awam....jangan la di perkenakan atau di main-mainkan kakitangan awam nih.....
Anyway...walaupun dah lambat untuk aku uploadkan scale gaji kenaikkan tahunan ni, tapi what the hack.... tonton je la eakk.....
Gred 1-16 :RM80
Gred 17-26 :RM120
Gred 27-40 :RM160
Gred 41-48 :RM220
Gred 52-54 :RM260
JUSA A,B,C :RM320
(ini lah scale gaji yang sering di war-warkan dalam blog semua)
Antara intipati dalam ucapan tersebut adalah:
1) Mewujudkan Dasar Pemisah atau
exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang
memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
2) Menambah baik struktur
gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan
lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan
tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi
sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di
bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325
ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan
meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah
pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum
adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan
meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;
3) Laluan kerjaya perkhidmatan
perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu,
seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat,
sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru
akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi
guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem
time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA
hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi
kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan,
tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima
pakai; dan
4) Kenaikan Gaji Tahunan
penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut
gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA,
akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
Kepada semua kakitangan awam yang happy-happy gaji nak naik tuh....sila baca point no 4 di perenggan yang akhir, kene sign up opsyen SBPA baru gaji naik..kalau tak sign up...maka takkan naik ea....oleh itu make sure paham dengan apa yang terkandung dalam opsyen tersebut, kaji dengan terperinci sama ada buruk atau baiknya. Aku pon tak tau lagik apa kandungan tuh so aku tak leh nak komen apa-apa.
Selain daripada tu, yang aku dengar base on Dasar Pemisah atau exit policy, kakitangan awam yang nak berenti awal boleh je....dan akan dapat pencen base on gaji terakhir yang keje tuh, graduti base on gaji terakhir dan GCR base on gaji terakhir, dan yang aku dengar lagik...pasnih gomen takkan perkenalkan skim pencen lagik kot...rasanya pakai skim KWSP terus...hmmm..kalau gitu..selamaattttttttttttttttttt aku masuk gomen awal-awal..huhuhhh...tujuan utama masuk gomen adalah pasal faedah pencennya....kalau takder pencen..for sure ramai keje private sector balik kot...huhuhuhuh
Lately aku ada jugak bukak laman web JPA, tapi takder lagik pekeliling baru kuar..cuma dok tulis "Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan mula
dihebahkan di Portal JPA setelah Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi
Bajet 2012 diluluskan oleh Parlimen." tunggu dan tunggu dan tunggu dan tunggu..huhuhuhuh.....tapi rasanya dah tak lama lagik kot penantian SBPA nih...sebab dalam JPA dah ready dah page SBPA nih..pekeliling nih di panggil Pekeliling 11 tahun 2011...hohohohohohho....penantian menjadi satu debaran, debaran menjadi satu penyeksaan....nak tau lanjut....klik SBPA